IQNA

Buku Al-Quran Menteri Wakaf Mesir akan dibentangkan di pameran Kaherah

5:07 - January 17, 2022
Berita ID: 3100654
TEHRAN (IQNA) - Buku Arab bertajuk; " الکمال والجمال فی القرآن الکریم ": Kesempurnaan dan Keindahan dalam Al-Quran" oleh Menteri Wakaf Mesir Mohammed Mukhtar Jum'ah akan dibentangkan di Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-53.

Laporan IQNA, menukil Almasryalyoum; Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-53 akan diadakan mulai 26 Januari di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa di kawasan Al-Khams Al-Khamis dan akan diteruskan sehingga 6 Februari 2022.

Greece (Yunan) telah diumumkan sebagai tetamu kehormatan pameran itu, yang akan disertai dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian, dan akan diadakan mengikut protokol kesihatan.

Buku "Kesempurnaan dan Keindahan dalam Al-Quran" akan dibentangkan di gerai Kementerian Wakaf Mesir dalam tempoh pameran ini.

Buku ini juga memberi perhatian kepada keindahan dan kesempurnaan pada kalimat-kalimat Al-Quran dan gaya ayat-ayat Al-Quran, dan menekankan bahawa apa yang telah ditinggalkan (mansukh) tidak sesuai untuk disebut dan diungkapkan, dan yang telah disebutkan adalah, tidak sesuai untuk ditinggalkan.

Buku ini diakhiri dengan menekankan bahawa Al-Quran adalah perkataan yang paling jujur, indah dan paling manis serta siapakah yang mempunyai perkataan yang lebih tulus daripada Tuhan?


4028925

captcha