IQNA

Penekanan Al-Quran untuk menjauhi kejahilan

8:25 - October 03, 2022
Berita ID: 3101611
TEHRAN (IQNA) - Kejahilan dianggap sebagai satu sifat yang tidak menyenangkan bagi manusia, iaitu sifat yang bukan sahaja menimbulkan masalah dan kemudaratan kepada diri sendiri, malah kadangkala ia boleh menyebabkan kumpulan atau manusia lain sesat dan merosakkan, sebab itu manusia berusaha menjauhi manusia yang jahil.

Laporan IQNA; «جهل» Jahlun - "Kejahilan" mempunyai banyak makna, seperti lawan ilmu dan kesedaran, tidak mempedulikan, degil - bandel, taksub buta, buta hati bahkan sombong dan melampaui batas sebagai imbas kejahilan. Islam telah mengajak penganutnya menjauhi kejahilan dan telah menyatakan kesan buruk akibat kejahilan. Walaupun sesetengah orang menganggap buta huruf dan tidak mementingkan ilmu sebagai punca kejahilan, tetapi dalam Al-Quran, beberapa sebab kejahilan telah dinyatakan, antaranya:

وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُنْ مِنَ الْجَاهِلِينَ

"Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang Jahil". (Qs,Yusuf 12:33).

Dalam ayat ini, yang dipetik daripada Nabi Yusuf (as), dosa menjadi faktor kejahilan menguasai seseorang; apabila kisah saudara-saudara Nabi Yusuf disebut dalam Al-Quran:

قَالَ هَلْ عَلِمْتُمْ مَا فَعَلْتُمْ بِيُوسُفَ وَأَخِيهِ إِذْ أَنْتُمْ جَاهِلُونَ

"Yusuf berkata: "Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil?" (Qs, Yusuf 12:89).

Kejahilan diantar oleh keinginan hawa nafsu dan sejenis ketidakpedulian, walaupun seorang ulama, jika dia tidak mempedulikan ilmunya atau tidak berfikir akibat buruk dari tingkah lakunya, dia adalah jahil dan maksiat - tidak berakhlak baik - adalah punca kejahilan. Satu contoh; Mengejek - mempersendakan orang lain menurut Al-Quran sebagai tanda kejahilan seseorang:

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُوا بَقَرَةً قَالُوا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

"Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan-ejekan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang mempersendakan)". (Qs, Al-Baqarah 2:67).

Kejahilan adalah penghalang kepada pertumbuhan dan perkembangan pemikiran dan keperibadian baik manusia, oleh itu terdapat banyak cadangan untuk mengelakkan kejahilan;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Qs, Al-Hujuraat 49:6).

Bertanya kepada orang yang berilmu dan berpengetahuan adalah satu lagi cara melakukan perkara yang menyelamatkan seseorang daripada kejahilan:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui." (Qs, Al-Nahl 16:43).

Bertanya kepada orang yang berilmu dalam setiap bidang tertentu yang diperlukan adalah satu perkara yang bijak dan menjauhkan manusia daripada kejahilan dan kelalaian.

captcha