Laporan IQNA, memetik almaalomah; sempena haul kedua kesyahidan Sardar Qasem Soleimani, komander Pasukan Quds Kor Pengawal Revolusi Islam, gambar besar Sardar yang syahid ini telah dipasang di jalan-jalan dan dataran di Semenanjung Gaza.
Muhammad al-Barim, pengarah pejabat media Jawatankuasa Pembela Kebangsaan Palestin, berkata: "Gaza, dalam kesetiaan kepada Haji Qasem Soleimani pada haul kedua kesyahidannya, meraikan peringatannya dengan lebih banyak berusaha, mempelajari dan tetap memegang prinsip perjuangan Muqawamah Komander Haji Qasem yang dianggap sebagai sebahagian daripadanya dan akan terus melanjutkanya"
Al-Barim menambah: "Pada ulang tahun kesyahidan Haji Qasem Soleimani, kami setia kepada darahnya dan kami menekankan bahawa kami akan memelihara ingatannya dan langkah-langkah yang dia ambil di jalan perjuangan Muqawamah"
Menekankan penerusan jalan Muqawamah Syuhada Soleimani, beliau menyatakan: Palestin tidak akan pernah melupakan darah syuhada ini, kebaikannya, jihad, penentangan dan sokongan kepada negara Palestin.
4025471