IQNA

Tadabbur lahirkan generasi huffaz al-Quran cemerlang

15:55 - January 11, 2022
Berita ID: 3100631
TEHRAN (IQNA) Tadabbur al-Quran ialah proses interaksi terhadap al-Quran merujuk kepada proses membaca, menghafaz, meneliti pemahaman fiqh ayat menerusi tafsir berserta kehadiran hati, mengkaji dan menghayati seterusnya beramal serta berdakwah dengannya dalam konteks kehidupan seharian. -

Kalimah tadabbur dalam al-Quran merujuk kepada penelitian dan memahami setiap makna ayat al-Quran dibaca dan dihafaz.

Allah SWT berfirman: "Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati banyak perselisihan di dalamnya." (An-Nisa: 82)

Ayat ini menjelaskan keutamaan tadabbur menerusi kefahaman setiap ayat dan peringatan daripada al-Quran.

captcha