IQNA

Demonstrasi di India membantah larangan hijab di sekolah dan universiti

8:18 - February 09, 2022
Berita ID: 3100744
TEHRAN (IQNA) - Ratusan penduduk negeri Karnataka di selatan India memprotes larangan hijab untuk pelajar.

Laporan IQNA, memetik arabic.rt.com; imej demonstrasi protes rakyat India yang viral menunjukkan bahawa pada Isnin, 7 Februari, ratusan orang India di dua bandar di negeri Karnataka, memegang bendera India untuk membantah keputusan beberapa sekolah yang mengharamkan hijab di sekolah dan universiti.

Penunjuk perasaan menjangkakan Mahkamah Agung negeri mendengar permintaan mereka pada Selasa, sebelum memutuskan sama ada akan menarik balik larangan hijab dan membenarkan pelajar bertudung kembali ke sekolah.

Somayeh Roshan, pengarah Pertubuhan Islam Perempuan di Karnataka, memberitahu sidang akhbar semalam bahawa keputusan itu bersifat diskriminasi dan bertentangan dengan hak yang termaktub dalam perlembagaan India.

Beliau menambah: "Mengharamkan hijab adalah keputusan peribadi, pelajar dan maha siswa mempunyai hak untuk memilihnya, di mana ia tidak akan membahayakan sesiapa pun."

Sebuah sekolah menengah awam di Karnataka bulan lalu mengarahkan pelajar perempuan untuk tidak memakai tudung di dalam sekolah. Berikutan keputusan ini, sekolah lain mengikutinya.

Menurut akhbar tempatan, berikutan bantahan yang menyusuli keputusan itu, sekolah itu membatalkan sebahagian daripada keputusannya, lalu membenarkan pelajar bertudung kembali ke sekolah dengan syarat mereka duduk di bilik darjah berasingan.

Dua sekolah lain yang mengikuti keputusan ini memaklumkan cuti pada hari Isnin, 7 Februari, dan pada hari Selasa, sekolah itu ditutup secara rasmi.

4034740

captcha