IQNA

Beragama bukan sekadar melaksanakan upacara ritual

16:06 - June 11, 2023
Berita ID: 3102694
TEHRAN (IQNA) – Jika kita adalah khalayak atau audiens Al-Quran, maka ada hubungan penting antara konsep dan kefahaman khalayak; Ertinya semua yang difahami oleh orang-orang di zaman turunnya Al-Quran atau abad-abad berikutnya, tentu tidak akan menjadi pemahaman kita di zaman ini.

Pentafsiran kontemporari bermaksud menghadirkan wajah baru Al-Quran sesuai dengan keperluan dan kehendak zaman kontemporari, yang memberi perhatian kepada suasana yang mengatur masyarakatnya. 

Pendekatan ini secara umumnya dipengaruhi oleh kebiasaan umat Islam dengan budaya dan pengetahuan baru dan hasil daripada perkembangan sains eksperimen dan ilmu sosial manusia.

Hujjatul-Islam wal-Muslimin Muhammad Ali Ayazi (حجت‌الاسلام والمسلمین محمدعلی ایازی), seorang ulama Al-Quran dan profesor universiti, bercakap tentang tafsir Asri «تفسیر عصری»  pada mesyuarat "Tafsir Asri Moden" - Tafsir kontemporari moden -petikan yang boleh anda baca di bawah:

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian tentang kepentingan dan keperluan tafsiran kontemporari; Pertama, terdapat banyak perubahan dalam tafsiran pada abad ke-14. Pada satu ketika, kita hanya mempunyai tafsiran naratif (تفسیر نَقلی). Tafsiran jenis ini hanya bersandarkan kepada riwayat-riwayat atau hadis Nabi dan maksum untuk memahami Al-Quran. 

Kemudian tafsiran ijtihadi diambil kira, dan kemudian aspek sastera diambil kira, dan kemudiannya, aspek falsafah, fiqh, teologi dan sebagainya turut diambil kira, menjadikan rupa tafsir Al-Quran menjadi pelbagai sesuai desakan keperluan kita terhadap Petunjuk Al-Quran.

Hubungan antara "pemahaman" dan "khalayak" adalah penting. Maknanya, kefahaman kita hari ini tidak semestinya sama dengan apa yang difahami oleh orang-orang zaman dahulu; Selain itu, pemahaman semua ahli tafsir pada zaman Al-Quran diturunkan tidaklah sama.

Orang-orang seperti Amin Khuli (امین خولی) dan Bint al-Shati (بنت الشاطی) berkata bahawa para sahabat tidak memahami banyak perkara yang dikatakan oleh mufassir Al-Quran hari ini, kerana para sahabat tidak punya lapisan kefahaman seperti yang kita punya sekarang dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang pelbagai, jadi bukan kerana ada sebab kesilapan dalam pemahaman kita, lebih-lebih lagi, pengetahuan manusia telah berkembang sepanjang sejarah, dan hari ini ia adalah zaman sains,  malah dalam bidang sains sosial, kemanusiaan, psikologi, dan lain-lain, mengalami perkembangan  yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

captcha