IQNA

Surah-surah Al-Quran (93)

Surah Ad-Dhuha; Perhatian khusus Al-Quran kepada anak yatim

16:14 - July 08, 2023
Berita ID: 3102832
TEHRAN (IQNA) – Terdapat segolongan yang hidup dalam masyarakat yang kehilangan bapa atau ibu tanpa kehendaknya sendiri dan memerlukan perhatian serta pertolongan terutama dari sudut kerohanian - kasih sayang dan pendidikan. Al-Quran jelas menekankan perhatian khusus kepada anak yatim, sebahagian daripadanya dinyatakan dalam Surah Ad-Dhuha.

Surah ke-93 dalam Al-Quran disebut «ضحی» "Dhuha". Surah dengan 11 ayat ini termasuk dalam juzuk ke-30 dalam Al-Quran. Ad-Dhuha  merupakan surah Makiah, adalah wahyu  ke-11 yang diturunkan kepada Nabi besar Muhammad (SAW).

"Dhuha" merujuk kepada permulaan hari dan penyebaran cahaya apabila matahari terbit. Perkataan ini muncul dalam ayat pertama surah ini, dan atas sebab ini, surah ini dipanggil Ad-Dhuha.

وَٱلضُّحَىٰ 

Surah ini mempunyai tiga bahagian; 
Bahagian pertama, menyatakan dua sumpah dan menekankan sokongan kepada Nabi (SAW). 
Bahagian kedua, kesyukuran atas nikmat ilahi. 
Bahagian ketiga, ialah ungkapan tiga perintah moral dan sosial: kebaikan kepada anak-anak yatim, menolong orang yang memerlukan, dan mengingati nikmat Allah.

Surah ini merupakan salah satu surah yang diturunkan kepada Rasulullah (SAW), setelah beberapa lama, tidak ada surah yang diturunkan kepada beliau (SAW) dan orang-orang kafir mengejeknya bahawa Tuhan telah meninggalkannya. 

Dalam keadaan demikian, diturunkanlah Surah Ad-Dhuha. Surah Ad-Dhuha memberitahu Nabi (SAW) bahawa Tuhan tidak meninggalkan beliau (SAW) dan menyatakan rahmat Allah sentiasa meliputi Nabi (SAW).

Surah Ad-Dhuha dimulakan dengan dua sumpah; iaitu

وَٱلضُّحَىٰ - وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
"Demi waktu dhuha - Dan malam apabila ia sunyi-sepi". (Qs, Adh-Dhuha 93:2).

Kemudian surah ini menyampaikan berita kepada Nabi (SAW) bahawa Allah tidak pernah meninggalkannya, kemudian memberi khabar gembira bahawa Allah akan memberinya rezeki yang banyak sehingga Nabi (SAW) gembira dan redha. 

Di bahagian terakhir, surah ini mengingatkan masa lalu dan kehidupan Nabi (SAW), bagaimana Tuhan sentiasa menyayanginya dan menyokongnya dalam saat-saat paling sukar dalam hidupnya. 

Oleh itu, pada ayat-ayat terakhir, Allah memerintahkan kepada Nabi (SAW) untuk berbuat baik kepada anak yatim dan orang miskin dan menyatakan nikmat Allah yang telah diberikan kepadanya untuk bersyukur kepadaNya atas anugerah nikmat-nikmat tersebut.

Dalam ayat keenam surah ini, disebutkan bahawa Nabi (SAW) adalah seorang yatim piatu. Tafsir Majma al-Bayan dan Tafsir al-Mizan telah menyatakan dua kemungkinan makna yatim «یتیم» bagi Nabi (SAW): Pertama, Nabi kehilangan bapanya. Menurut apa yang telah diriwayatkan, bapa Nabi (SAW) ialah “Abdullah” «عبدالله» yang meninggal dunia sebelum atau sejurus selepas kelahiran baginda Nabi (SAW). Baginda (SAW) juga kehilangan ibunya pada usia enam tahun dan datuknya (Abdul-Muttalib - (عبدالمطلب)) pada usia lapan tahun.

Tetapi makna kedua "anak yatim" adalah anak yang unik - tidak ada duanya - sendiri istimewa, seperti mutiara yang istimewa dan dipanggil "pintu yatim" «دُرّ یتیم» - durru yatim.

captcha